peperangan dengan diri sendiri
Posted by deadMeta | Posted in | Posted on 12:23 PM
0
Dalam peperangan, yang kuat akan bertahan, yang lemah akan kecundang. Itulah biasanya yang terjadi dalam peperangan. Organisasi kami juga adalah tapak peperangan. Bukan berbunuhan atau bertikam antara satu sama lain, tapi persaingan yang sengit dalam sebuah organisasi.
Semua orang mempunyai karekter dan kelebihan masing-masing, tak kurang dengan kelemahan. Kita manusia, takde yang sempurna. Tapi setiap orang mempunyai kesabaran dan ketahanan yang berbeza yang boleh dilatih. Ini yang menjadikan seseorang itu lebih baik atau biasa.
Untuk memulakan sebuah perniagaan bukan tugas mudah. Apa lagi kalau perniagaan tu bermodal besar dan mempunyai organisasi yang besar. Dalam Konmei, kami semua adalah pemimpin, kami pahlawan. Jika dikatakan seorang ketua mampu menjatuhkan 20orang askar biasa, kami mempunyai 20 orang ketua. Kami adalah sebuah institusi yang melatih seseorang menjadi ketua. Jadi tak salah untuk setiap orang menjadi ketua. Tetapi ia bersyarat dan tidak mudah untuk mengetuai sesuatu peperangan.
Tak kurang dalam organisasi kami, ade yang jatuh, ade yang bangun dan ada yang datang memimpin secara tiba-tiba. Carta organisasi kami dipilih mengikut kemahiran masing-masing. Setiap orang akan memimpin barisan tertentu pada waktu tertentu.
Apa yang lebih memenatkan adalah berperang dengan diri sendiri. Untuk menjadi yang terbaik, fokus, disiplin dan komitmen adalah pegangan kami. Untuk mencapai 3 matlamat ini, kami perlu berperang dengan diri sendiri untuk mendapatkan fokus kami, disiplin serta komitmen sendiri. Dan selepas kami tamat berperang dengan diri kami, rakan2 seperjuangan pula perlu kami hadapai dan seterusnya orang-orang luar. Aku kecewa dengan mereka yang kecundang, tapi aku lebih bangga kerana ramai yang semakin meningkat. Banyak ujian yang kami lalui, kami masih boleh kekal dengan pendirian masing2.
Di sinilah kami telah menetapkan matlamat kami, dan peperangan ini akan terus berlansung tanpa henti....