merancang sebuah cerita
Posted by deadMeta | Posted in | Posted on 4:38 PM
0
"aku kene buat satu kelab untuk korang" aku pun taktau kenapa statement tu keluar dari mulut aku... dah give up sgt kot dengan budak2 zaman sekarang yg tak reti nak cari jalan hidup sendiri.
Di situ bermula la satu perancangan yang tak berapa teratur. Dengan niat mewujudkan sebuah kelab kereta dalam sebuah kolej, kerja itu sebenarnya sangatlah mudah kalau nak diikutkan. Plan asal? sediakan satu nama dan satu simbol untuk kelab ni.
Perancangan bermula pada disember 2008. Tapi satu nama pun tak terlintas utk kelab kami. Seingat aku ramai yg mula2 nak bagi komitmen. Di sini la kita dapat tengok kesungguhan masing2 pada mulanya. Berbekalkan niat untuk belajar... mereka mula berguru dengan aku, orang yg sebenarnya tak berapa cukup ilmu. Tapi ilmu mana pernah cukup kan? Kalau kita boleh ajar org tu, turunkanlah ilmu selagi boleh.
Fokusnya adalah sebuah kelab untuk mengumpul maklumat teknikal dan teknik memandu dengan lebih baik. Di sini ia akan memberi jawapan kepada semua persoalan asas yang perlu dipelajari oleh setiap peminat automotif. Kami mula mengumpul maklumat mengenai bahagian teknikal, mengumpul soalan2 yg sering ditanya dan mencari ahli2 yang berkualiti.
Ahli, satu faktor yang penting dalam penubuhan sebuah organisasi. Ahli yang berkualiti adalah punca sesebuah organisasi mendapat kualitinya. Jadi nak pilih pun bukan sebarang org. Kami tak pilih pemandu yang hebat atau pakar kereta. Ape yg paling penting bagi kami adalah sikap. Sikap pada perangai, pada komitmen dan cara kerja seseorang sangat penting untuk organisasi kami.
Memang tak sangka, nak rekrut ahli pun bukan kerja senang! Cara kami rekrut pun bukan dengan mengajak je. Tapi ada soalan2 yang kami tanya sebelum memilih seseorang tu jadi ahli. Nak tengok kesungguhan org tu... Macam2 alasan dan perangai dpt tgk...
Dah 3 bulan rasanya lepas perancangan pertama, tak sorang pun dpt fikir nama kelab... tapi planning terus berjalan dan latihan demi latihan diteruskan untuk memantapkan ahli2 kami. Yela, tujuan asal utk menimba ilmu pasal automotif kan?
Tiba2 aku terfikir... perkataan greek atau jerman atau jepun. agak2 la nape aku terfikir nak amik dari bahasa2 tu? Mungkin byk kereta di pasaran yg ambil nama dari 3 bahasa tu. Dan dah ditetapkan, nama kumpulan itu bertemakan kekeliruan. Sebab setiap kali aku train ahli2 aku, semua mcm confuse! tak tau ape yg diorang nak, takde fokus lansung! Tapi nape aku tak pakai perkataan confuse je? Common sgt kot, dah biasa org dengar... aku search dlm bahasa greek dan jerman, bunyi tak sedap pulak, cari dalam kamus Jepun, aku jumpe perkataan KONMEI. Bermaksud confusion. Perfect! ini la yg aku cari! dan logo? aku pakai tulisan jepun tu je...
Comments Posted (0)
Post a Comment