Lahirnya sebuah nama
Posted by deadMeta | Posted in | Posted on 11:51 AM
0

"Aku dah tetap, nama organisasi kita KONMEI!" macam tu la seingat aku, waktu tu takde siapa pun membantah, cuma ade yang terpinga-pinga, kenapa bahasa Jepun? kenapa confusion? Satu nama yang agak negatif di situ...
kami dah fikirkan stiker dan lambang yg akan dilekatkan pada kereta masing-masing. Tapi isu kewangan jadi masalah. Nak tempah stiker bukan murah, kurang2 satu stiker RM10. Jadi dengan modal sendiri aku pun buatla stiker untuk mereka yang dah register dulu. Dan kemudia masing2 pun bayar la duit stiker tu, macam tu jugak dengan server dan domain konmei.com. Ye, waktu tu aku dah pun siapkan domain dan server utk konmei. Tapi masih takde idea nak tulis ape dalam website tu.
Kini satu lagi soalan timbul... kewangan. Memang menjadi masalah untuk sebarang research ataupun aktiviti kami. Tak semua ade duit. Tak semua boleh membantu. Kami mula mencari jalan untuk mencari kewangan kami utk tujuan2 tertentu.
Dari sebuah kelab kami cuba2 untuk berniaga. Produk kami fikirkan adalah baju. Mungkin kami boleh mula menjual pakaian untuk permulaan. Tetapi modal untuk berniaga juga bukan murah. Masih menjadi masalah bagi kami.
Tanpa disedari rupa-rupanya dah 8 bulan kami planning. Dan hasilnya, kami berdiri sebagai sebuah organisasi dan syarikat. Bukan seperti kelab biasa untuk sebuah kolej seperti tujuan asalnya. Dari situ kami mula membuat kertas kerja untuk perniagaan dan perancangan kami. Kami berdiri sebagai sebuah syarikat berteraskan automotif dan sukan bermotor. Sebagai satu jenama atau brand dari kami sendiri. Dengan krew sekurang-kurangnya 20 orang. Kami cukup memahami kemahiran masing2.
Comments Posted (0)
Post a Comment