Permulaan yang panjang
Posted by deadMeta | Posted in | Posted on 1:00 PM
0

Yup, kali ni aku menulis dalam bahasa melayu... kenapa? mungkin sebab kerajaan menyeru penggunaan bahasa melayu, dan mungkin jugak sebab aku rasa nak tulis dalam bahasa melayu... dan ini la permulaan penulisan aku dalam bahasa melayu.
Permulaan, dalam kehidupan mesti ada permulaan, tak kire ape jenis permulaan, dari kita lahir, itu permulaan kita dilahirkan, tak bererti ia satu permulaan hidup, kita mula belajar bergerak, mula belajar merangkak, berjalan dan bercakap, semua itu permulaan, adakah ia berkesudahan? dan bila kita boleh katakan sesuatu permulaan itu berakhir?
Sedar tak sedar semua permulaan kita dah tempuh, tak kurang aku... aku mula masuk tadika, mula masuk sekolah rendah, mula masuk sekolah menengah, mula masuk kolej. Semua tu permulaan untuk proses pembelajaran. Aku ingat aku masuk kolej, dah habis kolej, permulaan tu berakhir, tapi permulaan utk pembelajaran aku terus bergerak ke arah yang lagi rumit. Apa yg lebih rumit dari matematik dan fizik tu?
Kehidupan, ye, sesuatu yang kita tak pernah mampu huraikan, yang kita sering tersalah langkah. Dan tak kurang jugak ade yang jatuh tersembam dan terus mengorek lubang kubur sendiri menuju ke neraka. Imbas kembali, sejauh mana korang berjalan. Dari kecik, kita dibimbing dengan penjaga, tak kire la sape pun, kalau yg takde mak ayah pun mesti ade bimbingan jugak, kalau tak ,tak hidup sampai sekarang. Masuk je alam persekolahan, penjaga kita dibantu oleh guru2 di sekolah. Tak kurang juga kawan2 yang baik atau yang buruk. Yang telah mempengaruhi kita. Tapi sedar tak sedar, ade lagi satu garis panduan dan pembimbing yang sedia membantu kita, cuma kita tak teringin nak tau atau nak faham. Kita selalu je baca, atau mungkin tak pernah baca, atau pernah baca masa kecik, kite jugak tau ape dia. ape itu? Al-Quran!
Yeah, bukan nak berdakwah di sini, tapi kalau korang peka, itu adalah garis panduan terbaik untuk diri sendiri. Aku pun bukanlah orang2 warak, tapi jika difahamkan ape yang tertulis di dalam kitab tersebut, ia akan banyak membantu anda. percayalah.
Berbalik kepada permulaan tadi. Permulaan aku bermula sebaik sahaja tamat satu cerita, satu cerita sedih yang aku maksudkan. Aku bukanlah antara orang yg bernasib baik dalam dunia, mungkin orang lain banyak lagi yg tak bernasib baik, tapi aku ade cerita aku sendiri, aku dah jatuh, tersungkur beberapa kali, ape yg buatkan aku tak serik2 dan terus berlari? sedangkan orang yg baru je tersungkur akan berjalan perlahan2 dulu sebab takut terjatuh lagi? bagi aku kalau aku terus berlari, kalau aku jatuh tersungkur dan tak larat nak lari, aku mampu berjalan dengan lebih yakin esok lusa, jadi selagi aku masih mampu, aku akan berlari!
Panjang tak mukadimah aku? dah name topik pun 'Permulaan yang panjang' memang panjang la kan? kat sini baru la cerita aku nak mula!
Cerita yang menarik bagi aku bermula setelah aku tersungkur tahun lepas... waktu tu aku 3 minggu bersendirian sebab ade masalah. Terfikir la ape nak jadi dengan aku lepas habis blaja nanti. Ape yang aku nak buat sebenarnye? aku tau ape yg aku minat, tapi kalau aku belajar dalam bidang automotif, tak semestinya aku jadi mekanik atau duduk di bengkel tak kire la sebagai sales advisor, service advisor atau ape je yang ade kat bengkel? Ape yang aku nak buat? Aku mula cari ape pekerjaan yang sesuai, mula merancang strategi aku, dan muhasabah diri aku balik, ape yang aku nak. setelah berhari2 berfikir sorang2 kat rumah tu, aku fikir balik, ape yang founder tuning company kat jepun tu buat, takkan la aku nak wujudkan satu bengkel dengan kereta laju? pandai ke aku? jadi aku setkan matlamat aku seterusnya untuk jadi macam tuner2 tu, tanpa aku sedari aku sendiri masih keliru degnan keputusan aku.
Sebulan selepas aku memencilkan diri, aku kembali melepak dengan kawan2, masa tu dekat kolej bulan 12 2008. Keadaan aku pun dah stabil, luka2 parah yang tak nampak pun dah hilang, aku lebih waras dari aku yang beberapa minggu yang lalu. Kwn2 aku selalu sangat tanye pasal kereta kat aku, aku pun selalu jadi free consultant, pengalaman 4 tahun dlm sukan bermotor aku bukan sesuatu yang sia2, lambat grad kolej pasal bende2 ni la ni.
Hari demi hari kerja aku sebagai consultant free dah macam kerja sepenuh masa, aku ajar teori dan praktikal pada kawan2 aku, seorang demi sorang aku ajar,soalan dari mudah ke rumit aku jawab, dan kadang2 sampai menguji logik akal aku sebab aku dah tinggalkan dunia kereta aku untuk jangkamasa 3-4 bulan waktu tu. Dari huruf A aku mulakan, memang cukup jauh aku nak sampai ke Z, tibe2 datang lagi seorang bertanyakan aku soalan A, maknanya aku kene mulakan balik dari awal untuk terangkan dia! Dengan tiba2 terkeluar sesuai dari mulut aku. 'Aku kene tubuhkan kelab untuk korang la..'
-bersambung...
Comments Posted (0)
Post a Comment